Wednesday 9 December 2020

Bestfriend? (Bab 1)

Aku Aurora Lylia binti Mohd Amriy. Aku berasal dari Melaka. Aku ada 3 orang adik beradik. Sekarang aku dalam proses nak habiskan pembelajaran di Universiti dalam course Teknologi Maklumat. So far aku tiada masalah dengan pembelajaran aku cuma ade sentiasa ada masalah dengan kawan baik aku yang suka sangat kacau aku. Setiap hari setiap waktu!

'Lily , kau free tak petang ni? Teman aku jap cari baju. Aku takde baju doh!' kata Naz.

Ni lah kawan baik aku sejak aku kecil. Yang sentiasa ada dengan aku waktu susah senang. Yang dah faham dan masak dengan perangai aku. 

'Takde takde aku busy!' kataku sambil ketawa.

'Ala serious la. Aku tak main-main ni setan. Minggu depan dah nak kena present. Tolong la aku. Ke kau nak aku nyanyi lagu CikB skali?' kata Naz.

'Alah ye lahh. Kau nak beli dekat mana? Jam 5 amik aku dekat rumah. Aku nak mandi-mandi dulu.' 

'Hah baik. Wangi-wangi untuk aku ke tu?' 

Aku pandang Naz dengan muka sinis. Malas aku nak layan. Ramai yang kata aku dengan Naz adalah pasangan kekasih sebab walau ke mana kami pergi tetap berdua. Sebaliknya Naz adalah bestfriend aku! Tapi aku tak nafikan yang dia memang seorang yang sweet. Itu pun kadang-kadang! Kebanyakan hari perangai macam syaiton! 

'Weh jom la balik aku nak siapkan assignment dulu ni. Kau nak lepak rumah aku ke? Atau nak balik rumah kau?' kataku.

'Takpe aku nak singgah office daddy kejap lagi. Nak membodek sikit!' katanya Naz sambil ketawa.

'Ciss tak guna punya jantan. Duit mintak daddy. Nanti aku call daddy , suruh daddy jangan bagi duit kat kau. Biar kau usaha sendiri.'

'Kau jangan buat pasal. Aku tak hantar kau balik nanti. Ala bukan selalu aku nak beli baju. Sekali sekala ok kot mintak daddy. Sekurang-kurangnya , aku tak minta duit harian aku pada diorang sebab aku tau macam mana susahnya diorang cari duit untuk sekolahkan aku.' kata Naz dengan nada yang sayu.

'Ala Naz , kau sentap ke? Alu gurau je la. Kalau kau takde duit , aku boleh je belanja kau. Macam biasa la tak payah la sampai susahkan daddy.' 

'Tak aku tak sentap la doh! Nak sentap dengan kau? Tunggu kau jadi bini aku dulu la baru aku nak tersentap dengan kau.'

'Eh apesal pulak nak sentap dengan aku? Eh kejap. Bini? Hello sape nak kawen dengan kau!' 

Aku dengan Naz ketawa besar. Aku tahu niat dia hanya gurauan tapi dalam gurauan tu , serba sedikit dia boleh curi hati aku bukan sebagai kawan tapi sebagai seorang wanita yang inginkan kasih sayang dari lelaki. Aku takde teman lelaki sebab tu aku rapat dengan Naz. Bukan takde yang nak dengan aku tapi bila ade yang rapat dengan aku , tak sampai seminggu terus tak contact aku langsung. Hmm kena mandi bunga agaknya aku ni. 

'Nazz ..'
'Hmm .. Manja nau , kau nak ape?'
'Aku lapar setan kau tak nak balik lagi ke?'
'Hahaha ok jom jom. Manja gak eh kau kadang-kadang.'
'Manja aku hanya kau yang tahu hahaha'
'Weh , nak tau something tak?'
'Ha ape dia?'
'Geli do manja-manja , kalau kau awek aku takpe jugak!'
'Ye lah Naz , sape lah nak aku ni. Muka hodoh. Gelap pulak tu.'
'Lily , bukan takde yang nak kau. Cuma kau kena ubah sikit je cara kau. Maksud aku , bila kau dengan seseorang , kau kurangkan bercakap pasal "kita" sebab seseorang tu akan ingat yang kau lebih pentingkan aku dari dia.'

Aku diam. Mungkin betul kata Naz. Tapi bagi aku Naz memang penting dalam hidup aku. Yelah dia kan bestfriend aku. Mama dengan papa pon dah kenal Naz dari kecil lagi. Dah tau kalau aku keluar pergi mana-mana mesti dengan Naz. 

Aku diam menyepi. Aku terus melangkah ke kereta Naz. Naz memahami aku. Aku mula berfikir , perlu ke aku cari teman lelaki waktu sekarang sedangkan hati aku belum terbuka untuk mana-mana lelaki?

No comments:

Post a Comment