Saturday 29 February 2020

Hanya sekeping hati yang basah

Entah macam mana , hati ini menjadi basah sebasahnya. Dek sikap mereka yang membuat aku terus terasa dan terluka. Adakah kerana aku tidak punya apa-apa? Adakah kerana aku telah menyusahkan mereka? Aku sendiri tidak menyangka bahawa perkara ini akan terjadi kerana pada awalnya , mereka sangat baik tetapi setelah aku jatuh teruk , aku mula dipinggirkan. Ya. Aku tidak punya apa-apa. 

Ya Allah , ampuni aku jika aku telah menyusahkan mereka. Tiada sedikit niat pun untuk aku membebankan mereka. Engkau limpahkan lah rezeki kepada mereka seperti mana air yang sentiasa mengalir. Engkau permudahkan lah segala usahaku untuk menyenangkan urusan kehidupan keluarga kecilku. Sesungguhnya aku tidak berdaya untuk melawan segala dugaanmu. Aku kuat hanya kerana ujian-Mu. Aku tabah untuk segala kemanisan akan datang. Moga-moga aku akan terus kuat dan tabah. 

No comments:

Post a Comment