Friday, 11 December 2020
Bestfriend (Bab 4)
Naz bawa aku lepas dengan kawan-kawan dia di sebuah cafe. Semua lelaki! Gila la si Naz ni. Dah tu aku nak borak dengan siapa. Kayu lah aku lepak sini. Sebenarnya aku kurang nak lepak dengan kawan-kawan Naz nk sebab mereka lebih ke arah game online.
Wednesday, 9 December 2020
Bestfriend (Bab 3)
'Lily!'
Aku terkejut dengan panggilan Naz. Potong stim betul la mamat ni orang tengah tengok baju ni.
'Hah , kau ni panggil aku pelan-pelan tak boleh ek? Aku tak pekak lagi.'
'Haha saje je aku tengok kau leka dengan baju. Kau nak ke? Meh aku bayar sekali.'
'Eh kau dah dapat baju ke? Aku dah pilih dah untuk kau ni. Hah tengok ada tiga pilihan kau pilih la nak yang mana.'
'Sebenarnya aku dah pilih tadi. Aku kawan aku pilih kan. Kebetulan dia kerja sini so aku suruh dia la pilihkan.
'Oh ok. Dah jom lah bayar.'
'Kau tak nak ke? Aku nak bayar sekali.'
'Tak nak lah. Kau beli baju kau je.'
'Kau ok? Semacam je aku tengok kau.'
'Ok je lah gila. Aku lapa.'
'Haha ok baik aku bayar kejap.'
Aku tunggu luar kedai. Kenapa aku cemburu tengok Naz dengan perempuan tadi? Aku ada hati dekat dia ke? Tak mungkin lah. Sebab dekat campus pun dia rapat juga dengan perempuan lain tapi kenapa aku tak cemburu pun. Dah nama pun kawan dia kan. Selesai Naz bayar , aku pun terus ke kereta dia. Sibuk betul dia dengan handphone dia. Sampai tak nampak aku ni. Hmm.
'Cepat lah Naz. Aku panas ni. Kau tunggu apa depan kereta tu?'
'Eh kejap kejap. Aku tengah save no Maira. Kawan aku tadi.'
'Oh ok.'
'Ok dah jom. Kau nak makan mana? My treat'
'Aku ada duit. Takpe kau simpan duit kau Naz.'
'Kau kenapa Lily? Dari tadi aku tengok kau macam marah je dengan aku.'
'Tak masalah sekarang kau nak pergi makan ke tak? Kalau tak nak hantar aku balik terus!'
'Kau kenapa tiba-tiba angin dengan aku?'
'Takde apa-apa Naz!'
Naz tak bercakap dengan aku. Sebab dia bukan jenis suka bergaduh dengan aku. Kalau bertekak , mesti dia yang akan diam dulu. Sampai nya di kedai makan , aku turun kereta dan terus ke meja makan. Naz masih tak bercakap dengan aku.
'Naz .. aku minta maaf. Tak patut aku marah dekat kau tadi. Takde sebab aku nak marah kau tiba-tiba. Aku ikut perasaan.'
'Lily , kau boleh marah aku , kau boleh kalau tak nak bercakap dengan aku tapi bagitahu aku kalau aku ada buat silap. Aku tak nak jadi macam dulu Lily. Kau tak ingat ke kita bergaduh sebab salah faham. Setahun kau hilangkan diri dari aku. Kau ingat aku tak terseksa ke lau takda dengan aku?'
'Naz , aku minta maaf. Aku ikut perasaan. I'm so sorry. Please.'
'Hmm .. nasib baik aku sayang kau Lily. Kau lah kawan aku dunia akhirat. Kalau aku ade buat kau tersinggung , kau bagitahu jangan diam macam ni. Jangan marah-marah tak tentu pasal. Aku bukan ahli nujum nak tau kau marah sebab apa.'
'Baik Naz. Aku minta maaf lagi sekali.'
'Dah dah. Lepas ni ikut aku lepak dengan kawan aku kejap. Dah lama tak lepak dengan diorang. Aku dah bagitahu mama tadi nak bawak kau lepak kejap lepas teman aku ni. Mama bagi green light!'
'Wahh , pandai kau eh. Tak bagitahu aku dulu. Aku on je as long jajan aku ada.' kata ku sambil ketawa.
'Nanti kau tengok kat seat belakang tu ade je untuk kau. Aku tau dah perangai kau yang kuat makan ni. Sentiasa standby untuk kau. Makan banyak tak gemok jugak. Kau transfer dekat aku eh lemak2 kau?'
'Haha mana ada. Kau kan sado , tempat punchbag aku. Kena la besar.'
Kami ketawa sambil menuju ke kereta. Hai Naz , kenapa lah kau bukan teman lelaki aku. Bahagia kalau kau tu teman lelaki aku. Dalam mimpi lah Lily!
Bestfriend (Bab 2)
Sampainya di rumah , aku terus masuk bilik. Bersiap-siap untuk teman Nazrin beli baju. Dalam aku bersiap , sempat lagi si Naz ni kacau aku. Macam mana lah aku nak cari teman lelaki kalau macam ni cara dia layan aku.
Ting! Handphoneku berbunyi tanda mesej masuk.
'Aurora Lylia , dah siap ke belum? Dah sejam aku tunggu kau ni.'
'Eh bukan kau kata nak balik mandi dulu ke? Nak pergi office daddy?'
'Tak jadi. Aku call daddy je tadi dia bank in kat aku. Dia takde kat office , ada kerja luar.'
'Oh ok kejap aku dah nak siap. 5 minit eh!'
'Ye sayang.'
'Geli doh!'
'Kau tak sayang aku ke?'
'Naz , kejap lagi aku cakap depan-depan eh 😉 aku nak siap kejap. Kang lambat aku siap kau bising.'
'Hahaha ok ok. Aku kat hall ni , mama suruh duduk dulu sementara tunggu anak kesayangan dia ni siap.'
Aku pon bersiap-siap. Tiba-tiba aku rasa macam nak make up sikit. Bukan untuk Naz tapi untuk kepuasan diri. Ye lah waktu ada kelas tak sempat nak make up , waktu keluar ni lah boleh make up.
'Dah jom lah. Kau tengok apa?' kataku sambil betulkan rambut.
'Cantik kau Lily. Rugi siapa yang reject kau dulu. Kalau aku ade peluang nak curi hati kau , dah lama aku curi.'
'Kau ni , jangan buat malu aku boleh tak. Aku pakai lipstick dengan eyeliner je pun. Aku bukan macam perempuan lain pandai makeup tebal-tebal. Lagi pun , aku terasa nak makeup. So aku makeup je la.'
'Bagus lah kalau macam tu. At least kau buat untuk diri kau sendiri bukan untuk orang lain. Dah jom?'
'Jom. Kau nak belanja aku apa ni? Upah teman kau.' kataku sambil ketawa.
'Kau cakap je kau nak apa aku belanja.'
'Tak nak la Naz , pernah ke setiap kali aku keluar dengan kau , aku mintak kau macam-macam? Sebab aku bukan jenis macam tu Naz.'
'Ye aku tau Lily. Sebab tu aku sayang kau dan aku suka untuk beli apa saja untuk kau. Sebab kau tak memilih dan tak demand macam perempuan lain.'
'Mana kau tau aku tak memilih dan tak demand? Kau bukan laki aku.'
'Andai ditakdirkan suatu hari nanti , kau adalah jodoh aku , aku akan jaga kau sebaik mungkin. Sebab wanita macam kau , susah nak dapat. Luaran kasar tapi hati kau baik.'
'Kau jangan nak merepek. Ade simpan perasaan dekat aku eh? Hahaha'
'Gila tak! Haha tak aku gurau je. Tapi siapa tahu kan , kalau jodoh tu milik kita , aku terima kau seadanya.'
Aku diam sebab malu. Si Naz ni betul-betul main perasaan aku. Takpe Naz kau tunggu. Sampai nya di kedai baju , aku tolong pilih baju yang paling sesuai dengan dia. Dia berbadan besar dan sasa. Berwajah tampan , kulit sawo matang. Sedang aku leka memilih , Naz hilang dari pandangan mata aku.
'Naz!! Oo Naz!!' teriak aku.
Tapi tak kelihatan. Aku mencari Naz dan aku ternampak dia berbual dengan seorang gadis yang sangat cantik. Gaya seperti model. Sesuai sangat dengan Naz. Siapa gadis tu ya?
Bestfriend? (Bab 1)
Aku Aurora Lylia binti Mohd Amriy. Aku berasal dari Melaka. Aku ada 3 orang adik beradik. Sekarang aku dalam proses nak habiskan pembelajaran di Universiti dalam course Teknologi Maklumat. So far aku tiada masalah dengan pembelajaran aku cuma ade sentiasa ada masalah dengan kawan baik aku yang suka sangat kacau aku. Setiap hari setiap waktu!
'Lily , kau free tak petang ni? Teman aku jap cari baju. Aku takde baju doh!' kata Naz.
Ni lah kawan baik aku sejak aku kecil. Yang sentiasa ada dengan aku waktu susah senang. Yang dah faham dan masak dengan perangai aku.
'Takde takde aku busy!' kataku sambil ketawa.
'Ala serious la. Aku tak main-main ni setan. Minggu depan dah nak kena present. Tolong la aku. Ke kau nak aku nyanyi lagu CikB skali?' kata Naz.
'Alah ye lahh. Kau nak beli dekat mana? Jam 5 amik aku dekat rumah. Aku nak mandi-mandi dulu.'
'Hah baik. Wangi-wangi untuk aku ke tu?'
Aku pandang Naz dengan muka sinis. Malas aku nak layan. Ramai yang kata aku dengan Naz adalah pasangan kekasih sebab walau ke mana kami pergi tetap berdua. Sebaliknya Naz adalah bestfriend aku! Tapi aku tak nafikan yang dia memang seorang yang sweet. Itu pun kadang-kadang! Kebanyakan hari perangai macam syaiton!
'Weh jom la balik aku nak siapkan assignment dulu ni. Kau nak lepak rumah aku ke? Atau nak balik rumah kau?' kataku.
'Takpe aku nak singgah office daddy kejap lagi. Nak membodek sikit!' katanya Naz sambil ketawa.
'Ciss tak guna punya jantan. Duit mintak daddy. Nanti aku call daddy , suruh daddy jangan bagi duit kat kau. Biar kau usaha sendiri.'
'Kau jangan buat pasal. Aku tak hantar kau balik nanti. Ala bukan selalu aku nak beli baju. Sekali sekala ok kot mintak daddy. Sekurang-kurangnya , aku tak minta duit harian aku pada diorang sebab aku tau macam mana susahnya diorang cari duit untuk sekolahkan aku.' kata Naz dengan nada yang sayu.
'Ala Naz , kau sentap ke? Alu gurau je la. Kalau kau takde duit , aku boleh je belanja kau. Macam biasa la tak payah la sampai susahkan daddy.'
'Tak aku tak sentap la doh! Nak sentap dengan kau? Tunggu kau jadi bini aku dulu la baru aku nak tersentap dengan kau.'
'Eh apesal pulak nak sentap dengan aku? Eh kejap. Bini? Hello sape nak kawen dengan kau!'
Aku dengan Naz ketawa besar. Aku tahu niat dia hanya gurauan tapi dalam gurauan tu , serba sedikit dia boleh curi hati aku bukan sebagai kawan tapi sebagai seorang wanita yang inginkan kasih sayang dari lelaki. Aku takde teman lelaki sebab tu aku rapat dengan Naz. Bukan takde yang nak dengan aku tapi bila ade yang rapat dengan aku , tak sampai seminggu terus tak contact aku langsung. Hmm kena mandi bunga agaknya aku ni.
'Nazz ..'
'Hmm .. Manja nau , kau nak ape?'
'Aku lapar setan kau tak nak balik lagi ke?'
'Hahaha ok jom jom. Manja gak eh kau kadang-kadang.'
'Manja aku hanya kau yang tahu hahaha'
'Weh , nak tau something tak?'
'Ha ape dia?'
'Geli do manja-manja , kalau kau awek aku takpe jugak!'
'Ye lah Naz , sape lah nak aku ni. Muka hodoh. Gelap pulak tu.'
'Lily , bukan takde yang nak kau. Cuma kau kena ubah sikit je cara kau. Maksud aku , bila kau dengan seseorang , kau kurangkan bercakap pasal "kita" sebab seseorang tu akan ingat yang kau lebih pentingkan aku dari dia.'
Aku diam. Mungkin betul kata Naz. Tapi bagi aku Naz memang penting dalam hidup aku. Yelah dia kan bestfriend aku. Mama dengan papa pon dah kenal Naz dari kecil lagi. Dah tau kalau aku keluar pergi mana-mana mesti dengan Naz.
Aku diam menyepi. Aku terus melangkah ke kereta Naz. Naz memahami aku. Aku mula berfikir , perlu ke aku cari teman lelaki waktu sekarang sedangkan hati aku belum terbuka untuk mana-mana lelaki?
Novel?
Assalamualaikum readers 😉
Hani ingat hani nak mula menulis novel la. Sebab banyak sangat cerita yang bermain dalam fikiran. Ye la sebab baca novel2 mat saleh tu , datang sumber inspirasi pula. Plus boring2 pulak kan dok rumah je. So start from now , bie tulis novel ya kat blog ni. Thanks for those yang always support hani ♥️
Saturday, 29 February 2020
Happy Out Of Stock
Hai cinta hati ,
Harini hari yang sangat tak best. Entah kenapa aku jadi malas nak cakap , malas nak tengok sapa-sapa , serba serbi malas. Entah la aku penat sangat dengan orang yang bermuka-muka. Sebab jenis aku , aku bukan suka bermuka-muka. Once aku kata aku tak suka , aku memang tak suka. Kelibat dia pon aku benci. Dan aku boleh buat dia invisible.
Penat dengan keadaan sekeliling. Penat dengan perasaan sendiri. Penat dengan segala-galanya. Rasa macam biar lah orang nak buat apa pun. Aku? Suka hati aku lah nak buat ape pon. Nobody care! Memang susah bila hidup kita ni orang lain yang tentukan. Entah lah sampai bila tah nak hidup macam ni. Tak bebas.
Nak kata aku ni tak kuat , tak kan aku boleh bertahan lama kat sini? Nak kata aku kuat , kenapa aku sangat-sangat terasa? Aku sendiri tak tahu dengan perasaan sendiri. Frust!
Hanya sekeping hati yang basah
Entah macam mana , hati ini menjadi basah sebasahnya. Dek sikap mereka yang membuat aku terus terasa dan terluka. Adakah kerana aku tidak punya apa-apa? Adakah kerana aku telah menyusahkan mereka? Aku sendiri tidak menyangka bahawa perkara ini akan terjadi kerana pada awalnya , mereka sangat baik tetapi setelah aku jatuh teruk , aku mula dipinggirkan. Ya. Aku tidak punya apa-apa.
Ya Allah , ampuni aku jika aku telah menyusahkan mereka. Tiada sedikit niat pun untuk aku membebankan mereka. Engkau limpahkan lah rezeki kepada mereka seperti mana air yang sentiasa mengalir. Engkau permudahkan lah segala usahaku untuk menyenangkan urusan kehidupan keluarga kecilku. Sesungguhnya aku tidak berdaya untuk melawan segala dugaanmu. Aku kuat hanya kerana ujian-Mu. Aku tabah untuk segala kemanisan akan datang. Moga-moga aku akan terus kuat dan tabah.
Friday, 10 August 2018
Welcome Back !!
Assalamualaikum !!
Ya Allah dah bersarang sangat dah blog ni 😭 kesian nya ! Takpa nanti ada masa free hani nak kemas sikit blog ni! Now time to sleep. Actually i've many word to say but i'll tell you later. So gotta go! Love ya!
Friday, 13 February 2015
Sunday, 8 September 2013
Assalamualaikum ...
Hai readers, haihh entah lah kenapa dengan Honey malam ni pon tak tau . Nak marah je kan . Reason dia ? Ada lah . Fine ! Honey tak suka lelaki yang anggap perempuan ni murah ! Ye memang perempuan boleh layan korang punya gatal tapi tak bermakna perempuan tu nak gadaikan maruah dia ! Seriously benci kot dengan lelaki macam ni . Kalau ada lelaki macam ni baik mampos cepat . Sebab dia buat dunia jadi hancur -_- Fine and now i'm ok :3 remember for all boys . Do not take girls as your toy .
Wassalam ...
Sunday, 7 July 2013
Mess !
Assalamualaikum . . .
Morning readers . You are with me now , Honey . Actually I've some problem . Serious problem and that problem makes me feel so damn ! I really don't like who want's to talk about that and keep on blaming me . I know what I'm doing . So, just keep silent . If you want to help me , it's OK but your always make me stress with that . I'm not angry at all but please I'm bagging you not to talk about that again . That can makes me change my mood . I really need support not the blaming . Every human makes a mistake . Not only me . But all ! You also not perfect but why you act like you are so perfect ?? If i'm not the right person for you , go and find others . Me ? Just ignore and I know how to make myself . And last said form me , please don't mess me with all this things and I know how to settle my problem . I'm not bagging for your help in my problem . So, let me settle mine . Thanks !
Sunday, 16 June 2013
*THIS FACTS PART 1*
The more you talk the more you cry . Why ? She's talking non-stop to make herself happy and ignore about heart feelings. But at night , she has no one to talk and make her to think about it. That's the way how girl express their feeling.
By : We Heart It
Assalamualaikum . . .
Pagi yang indah tetapi sangat sunyi , kenapa ea . Sebab sekarang Honey dah rasa macam hidup sendiri je . Ye lah , Sky dah busy dengan projek dia . Honey terpaksa la hidup sorang dulu . Honey harap Sky tetap ada untuk Honey . Cinta , Sayang , Rindu hanya untuk Sky sorang je . I wish I can be with you until end of my life sayang . I'm waiting for you . To take me as your love one . Sayang , for the first time I never be like this but I try to control it and I fail . I've made you worried bout me . I'm sorry dear .
Pagi yang indah tetapi sangat sunyi , kenapa ea . Sebab sekarang Honey dah rasa macam hidup sendiri je . Ye lah , Sky dah busy dengan projek dia . Honey terpaksa la hidup sorang dulu . Honey harap Sky tetap ada untuk Honey . Cinta , Sayang , Rindu hanya untuk Sky sorang je . I wish I can be with you until end of my life sayang . I'm waiting for you . To take me as your love one . Sayang , for the first time I never be like this but I try to control it and I fail . I've made you worried bout me . I'm sorry dear .
Sunday, 9 June 2013
Friday, 26 October 2012
Assalamualaikum . . .
Dah lama sangat menyepi dari menulis blog kan .. Sibuk dengan kerja .. Sibukkan diri dengan hal lain .. Banyak benda nak kena fikir bila dah kerja ni .. Haihhh , sejak kebelakangan ni selalu sangat tak ada mood .. Memang lah moon coming tapi selalu tak macam ni .. Mungkin stress sangat kot .. Tapi stress pasal apa ? Banyak benda yang aku nampak sekarang ni .. Tak tau lah kenapa tiba-tiba boleh nampak macam-macam ni .. Em .. Macam biasa , air mata mesti jadi peneman dikala waktu macam ni .. Best duduk tepi pantai sorang-sorang then lepaskan perasaan kat air laut, angin, pasir .. Mungkin semua tu tak boleh bercakap tapi semua tu boleh mendengar apa yang kita cakap .. Ye , memang tenang bila ada dengan ciptaan tuhan ni .. Aku suka duduk sorang-sorang , tak ada orang kacau , tapi sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku duduk macam tu .. Kenapa ? Entah , aku sendiri keliru .. Aku keliru dengan perasaan aku .. Apa yang aku fikir sekarang semua buat aku sakit hati .. Memang terlalu sakit .. Sebab apa yang aku fikir semua yang buat aku sedih .. Entah la .. Sekarang ni hilang semua semangat aku .. Hilang semua apa yang aku impikan .. Bukan aku fade up or give up dengan orang yang aku sayang tapi aku lemah bila dia tak ada dengan aku .. Ye ! Dia tak ada dengan aku .. Dia akan jauh dengan aku .. Bila ? Aku tak sanggup nak cakap .. Mungkin dalam bulan depan .. Tak lama lagi .. Em .. Bila ingat balik time dia nak g nanti , aku tak nak jumpa dia langsung .. Buat apa jumpa kalau nak sedih kan ?? Dah la .. Aku pon ada perasaan jugak .. Aku pon tau sedih .. Tapi ape nak buat .. Nak tak nak dia kene gak jauh kan .. Nak cari duit .. Kalau tu je sebab dia tak apa .. Kalau ada sebab lain , sampai mati pon aku tak kan maafkan dia .. SUMPAH ! Sebab ? Aku sayang dia sangat-sangat .. Aku yakin dengan dia .. Tapi aku lemah .. Tu je .. Aku sangat lemah .. Aku perlukan dia .. Tolonglah kuatkan semangat aku .. Berilah aku kekuatan untuk teruskan hidup .. Amin ..
Wassalam . . .
Saturday, 26 May 2012
Owhhh Xperiaaaaaaa ^__^
Assalamualaikum . .
Hai Ollssssss . Hari ni Honey ada terbukak web Sony . Of course la sebab saje nak tengok handset terbaru keluaran Sony Ericsson . Honey penggemar Sony okay ^_^ . Tengah kusyuk tengok handset, nampak pulak Xperia baru . Huh bertambah gila lah dengan Sony . Actually Honey sangat menyukai Xperia S yang menawan walaupun S tak menawan hati si Sky nih =.= ape pon tak boleh la dia ni . Ni lah antara model yang sony keluarkan . Xperia U, Xperia P dan juga Xperia Sola . Ni yang latest Honey usya . Okay kat bawah ni pulak pic Xperia tu .
Model dia ni lebih kurang sama macam Xperia S kan ? Cume mereka lebih kecil daripada S dan juga ringan . About the camera, of course la S lagi mantap kan sebab 12.1 MP . Even Sony keluarkan macam-macam model, S tetap dihati sebab Honey sangat menggemari kamera dia yang bermegapixel tinggi . Even Honey ni tak berapa nak suka bergambar tapi Honey suka ambil gambar pemandangan yang dapat tenangkan fikiran . Maklum lah nak beli DSLR tak dapat sebab tak mampu, so hanya S lah yang tetap dihati . Ok lah tu antara latest update about handset daripada Honey . Take care my dear readers ♥
Wassalam . .
Thursday, 24 May 2012
White GolD Makes ME CrazY ^__^
Assalamualaikum . . .
HAishhhh tengok tajuk pon dah tau kan Honey nak cakap pasal apa . WHITE GOLD !!
OMG seriously Honey sangat-sangat menggilai this white gold . Sebab apa? Sebab dia lawa dan memikat hati Honey ^__^ Dah boleh bajet dah ni untuk kawen nanti =__= hamboi bukan main gatal lagi kan . ekekekek ok lah Honey tak nak cakap banyak . Meh nak show something yang Honey amik ni . Gamba ni Honey amik dari website VIVO . Kira nya ViVO ni keluaran termahal lah diantara semua brand yang ada . Honey tengok harga dia pon Honey terkejut sebab lawa sangat =___= faham-faham lah kan kalau lawa tu apa maksud dia .
Yang atas ni adalah one of VIVO that is earring . Agak-agak berapa harga untuk satu earring ni ? Hehehe jangan tak percaya sebab tengok bentuk dia pon lawa kan ? OK lah harga for this earring is RM1002.43 @__@
Ok this is buah rantai =__= lawa tak ? Harga untuk ni pulak ialah RM1444.68 . Cun tak harga?ekekek jangan tak percaya pulak sebab seriously memang lawa ^_^
Ni pulak ialah gelang tangan . Sweet sangat bentuk dia. Harga untuk gelang ni pulak dalam RM3164.54 . Mahal kan ? Fuhhh kalau lah ni jadi milik Honey, gila agaknya =__= tido malam memang mimpi mende ni je lahhh .
Last picture ni adalah Ring . suitable for wedding . memang suitable sangat-sangat sebab cincin ni sesuai untuk pasangan pengantin. Honey rancang nak cincin camni . Kalau dapat ni, bertuah la kami ^_^ kan abg sky =_= sejak bila lak abang ni . Harga for this couple ring is RM7985.06
Anggaran untuk semua yang Honey show off kat atas tu about RM13,596.71 .Erkk mahalnya. Huh botak pale nak pakai mahal-mahal camni kan . Tapi si dia kata, bukan selalu nak mewah camni sebab kawen pon sekali seumur hidup. Betul tak? huhuhuh thanks sayang. Hope apa yang kita nak ni akan tercapai kan. Ok lah rasanya dah cukup kot Honey mepek ni . Marah pulak si Sky ni Honey mepek bukan-bukan. Err i hope I tak Mepek okayyyy !
Wasalam ♥
Saturday, 19 May 2012
tiga hari bersama !
- assalamualaikum semua -
adoii...da lame nau x update blog nih...law dulu astik saye je yang mekak kat cik honey,
tp skrang saye pulak yang die mekak kan sebab saye pulak lame da xupdate blog nih...
hohohoh...ape pon xbole la....maap yer awok yer...hohoh..al maklum la sibok bekerje je sekarang nie xsempat pulop nok mengupdate belog nih :3 maap3x :D
okay....meh sini nak cite sikit... walaupun sejak2 nie mcm2 hal berlaku,
tp ade satu hal nie yang cik sky xkan lupe ...
tiga hari suntuk bersame cik honey kite nih...
perghhh memang sonok kan sayang...
rase cam dunia nie milik kite jer kejap...hambooii!!!
hahaha....kidding only....pape pon mmg cik sky hepi sgt2 time 2...
buat kerje umah same2angkat tu angkat nie...sampai penat nak bukak mate pon xlarat dah masing2...
btw cik sky saje jer nak buli cik honey sebenarnye...erkk..BIG PADAN!!
hohoho...btw...xkisah la penat tu semua kan....tp mmg best dpt spend time lame2 gan cik honey..
bile dah abes da tiga hari 2, bile nak anta cik honey nie balik...berat je rase hati ni...
sedihh woooo...cam xnak bagi balik pon ade...kang xpepasal jer mama cik honey telan cik sky nie kan...hahaha....
tp xpela...ape bole buat...nty da nikah 24 jam je ngadap...hahahah...jagan bosan suda yer cik honey!
hope nty ade lg pluang kite bole spendtime lame2 lagi ea sayang....
ok lah...penat lak nk naip nih... :P
insyallah panjang umur nty cik sky update lg belog nie yer....
ok semua...dadadididudu....jumpe lagi....
- assalamualaikum -
- skyripter with love myss honey -
perginya seorang adik tersayang
- assalamualaikum -
tangga 15/05/2012 jam 11.06 minit malam
NUR SYAHIEDATUL AZIERA BINTI MOHD NASIR atau lebih dikenali sebagai KAK CIK
Telah pon menghembus kan nafas terakhir nya di rumah ku ...
beliau seorang yang kurang upaya sifat nya sejak dari kecil lagi ...
15 tahun bersame kami sekeluarga akhirnya die pergi jua meninggalkan kami...
kak cik .. seriosly abang rindu sangat kat kak cik...
abang tahu sepanjang kak cik hidop abang byk wat salah gan kak cik...
abang minx maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ye kak cik...
15 tahun hidup bersame , salah silap abang semua harap kak cik maafkan ..
kak cik .. semua makan minum pakai kak cik abang , mami papa along adik2 semua halalkan dunia dan akhirat..
kak cik...pergilah dengan aman...mungkin disana kak cik lebih bahagia..insyallah...
abang sayang kan kak cik sangat....terima kasih sebab jadi adik abang yang paling sempurna selama nie...
insyallah abang akan selalu doakan kak cik supaya kak cik ditempatkan di tempat orang2 yang beriman dan beramal soleh..aminn...
perginya kau tiada pengganti....
al fatihah ....
allahyarham nur syahiedatul aziera binti mohd nasir
1997-2012
dalam kenangan
Monday, 14 May 2012
Moist Chocolate Cake !!
hari ni Honey tak ada kerja sepanjang hari so malam ni Honey decide nak buat kek . Honey bagitahu mama nak buat kek, mama kate go ahead . Dengan semangat waja Honey sediakan bahan-bahan nak buat kek . Hoho akhirnya berjaya jugak buat kan . Tapi tak tahu lah sedap or tak sebab belum rasa . Nak rasa pon macam sayang je sebab lawa sangat =__= perasan kan . Ekekekeek ni lah hasil dia setelah bermandi peluh membuat kek coklat nih . Cantik tak =__= ni mana nya syok sendiri . Tabur rice tak ingat dunia . Sekian Wassalam ^__^
Subscribe to:
Posts (Atom)





